sktbv.zoom-a.com
[SK TOMBOVO ]
[PETI SURAT 11022,POSKOD 88811
PENAMPANG
SABAH
 Tel : [088763508, Faks : [088763508]
e-mel : [sktombovo@yahoo.com.my]

| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH SEKOLAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | MISI DAN VISI SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | STAF AKADEMIK | LAGU SEKOLAH | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | Untitled | Untitled |

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Tombovo telah dibina dalam tahun 1962 dengan cara gotong-royong oleh masyarakat setempat diketuai oleh Encik Majiani Mojinil, bangunan berukuran 22’X40’ terletak di atas bukit dirasmikan oleh Ketua Daerah Penampang OKK. Encik Ewon Empok pada 31.5.1962 dan guru pertama bertugas ialah Encik Clement Lotinggi dengan murid seramai 56 orang. Pada 16.10.1962 sekolah ini didaftarkan dan dinamakan Native Voluntary English Primary School Tombovo ( NVEPS). Pengajaran dijalankan dalam dua bilik darjah iaitu Darjah Satu dan Dua dibawah pentadbiran Lembaga Pengurusan Sekolah. Pada 1.7.1963 nama sekolah ditukar kepada Government English Primary School (GEPS) dan ditadbir oleh Jabatan Pelajaran Sabah dan kuasa Lembaga Pengurusan Sekolah dimansuhkan.Pada tahun 1964 bilangan murid meningkat Encik Justin Polisol dilantik sebagai guru penolong untuk membantu Encik Celement Lotinggi. 1965 bilangan murid bertambah kepada 95 orang iaitu 4 kelas, Encik Donald Jinni dilantik sebagai guru penolong. Oleh kerana bangunan tidak dapat menampung bilangan murid maka rumah Tombovo Kadazan Society digunakan. Pada tahun 1967 barulah sebuah bangunan baru dibina oleh Jabatan Pelajaran Sabah yang mengandungi 2 bilik darjah 1 buah bilik guru disamping 1 buah rumah guru.1980 sekali lagi nama sekolalah ditukar kepada Sekolah Rendah Kerajaan (SRK) Tombovo. Dalam tahun 1984 bangunan projek kilat 3 bilik darjah dan pejabat serta bilik rehat guru dibina disamping 1 buah rumah guru berkembar. 1986 nama sekolah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Tombovo hingga ke hari ini. Dalam tahun 1990 sebuah bangunan projek kilat dibina iaitu 2 bilik darjah dan 1 unit rumah guru kembar. 1998 sebuah rumah guru berkembar dibina dan dalam tahun 2003 sebuah makmal komputer dibina dan sebuah rumah guru kembar dibina untuk menggantikan rumah guru yang usang. Pada masa ini SK. Tombovo mempunyai 5 blok bangunan menggandungi 9 buah bilik darjah untuk P&P, 1 bilik guru, 1 pusat sumber, 1 bilik Pendidikan Agama Islam dan sebuah makmal komputer. Bilangan murid masa ini ialah 267 ( 6 kelas) manakala guru 18 orang, KTBM 2 orang, kakitangan kontrek (pembersihan) 2 orang, Pengawal Keselamatan 4 orang.











BANGUNAN  SK TOMBOVO




BANGUNAN INI DIBINA DALAM TAHUN 1972. KINI MENEMPATKAN PUSAT SUMBER, BILIK   PENDIDIKAN AGAMA ISLAM, BILIK KAUNSLING DAN STOR






BANGUNAN INI  DIBINA DALAM TAHUN  1995, MENEMPATKAN KELAS TAHUN 4 DAN 5











Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: